Pa.thet.ic
We see this world being thrown around everyday. Mungkin sebab kita just dengar selalu, jadi kita adapt. Banyak masa, penggunaannya salah situasi.
Kelas english ini hari adalah "pathetic" sebutnya--/pe/ mcm sebut petai. /thae/ mcm sebut sempoi guna lidah pendek. /tik/ mcm sebut tikar.
Pathetic sebenarnya sangat spesifik. Ia merujuk kepada orang2 yang arousing pity yakni meminta kasihan melaui cerita sedih dan kisah meleleh tahap "alahaiiiiiiiiiii". Maka jelas. Orang2 pathetic adalah orang2 yang kita patut kasihankan kerana itulah yang dia hendak.
Perhatian dari orang yang sudi mengasihankan dia. Macam terhegeh2. Fuh kejam, kan, definasinya? tak cukup lagi. Makna kedua adalah lebih kejam.
Miserably inadequate yakni terlalu tak layak ke tahap miserable iaitu tahap merasa hina terhadap diri sendiri.
Pergh.
Banyak kali kita dengar gelaran ini dibagi2 pada orang.Sekarang sudah tahu makna, bukan? Maka elok2. Jangan main guna.
Sebab memanggil orang pathetic adalah antara gelaran paling bawah kita boleh bagi.
ok?
Tak kiralah dia memang jenis menghegeh tak malu menghina diri sendiri tahap kita rasa 'dah la weh memalukan diri kau' jenis KITA yang kesian dia tak kesian diri sendiri..
biarkan sahaja.
Jenis2 orang begini, ubat nya adalah satu: jangan dilayan.
Senyapkan. Dan biarkan.
Banyakkan doa.
Moga2 jenis2 manusia yang rajin menciptakisah sedih demi perhatian dan kasihan manusia begini akan sedar.. Tuhan jualah yang maha mengasihani. Bukan manusia.
Ini adalah pesanan untuk semua. Termasuk pada aku jua.
Berhenti2lah mencari kasih dalam kasihan orang, berhenti bercerita sedih2. Mula cari yang indah2 tentang hidup kita. Dan bahagia walau sekecil mana.
Kita ni makhluk ada harga.
BUKAN pathetic.
Comments
Post a Comment