Jika aku mati
Jika aku mati
apa kau sudi membaca aku lagi
mengulang setiap kaitbahasa
memandang langit dan bercerita
apa wajahku terwujud dalam lukisan awan?
apa namaku tertulis dalam bacaan hujan?
Jika aku mati
apa kau sudi menoleh ke aku lagi?
melihat wajah yang pernah kau suka dan benci
melihat takdir yang pernah kau terima dan maki
apa kau bisa tidak linangkan airmatamu?
apa kau mampu tidak jatuhkan air muka ku?
Jika aku mati
apa kau sanggup biarkan aku menghuni?
menari di birai matamu
bernyanyi di cuping telingamu
bersuara didalam suaramu
bercinta di segenap hatimu
apa kau daya menerima aku sepi?
apa kau larat membawa aku ke mati?
Jika aku mati
lekaslah sapu airmatamu
lekaslah minta Tuhan tenangkan hatimu
kerana aku tidak sanggup melihatmu begitu
walau aku tahu kau mampu bertahan
untuk aku.

Comments
Post a Comment