Sakit aku, tiada siapa yang tahu.


Hi. Assalamualaikum

Tidak pernah terlintas difikiran aku, yang aku akan ditinggalkan seorang diri tanpa dia.
Apa yang sering aku bayangkan, pabila aku sudah dewasa habis sekolah, apa aku tahu aku nak sambung belajar demi dia. Apa aku buat semua demi dia. Pernah kamu terfikir yang kamu akan kehilangan ibubapa dalam usia yang muda? Apa kamu nak difikirkan sangat bukan?

Seperti aku, apa aku tahu arwah dad memang akan sentiasa jaga aku sampai bila-bila.
Hidup dalam keluarga yang sederhana, tapi bagi aku cukup mewah. Walaupon ada rakan-rakan yang berkata aku untung sebab anak tunggal. Semua pasti dapat. Tapi aku dididik untuk hidup dengan apa yang ada. Aku syukur Ya ALLAH!

Aku dibesarkan oleh dad sendiri. Jadi cukup lah apa aku nak cakap my dad is my everything!

Jangan disebut langsung tentang dad aku. Jangan ditanya tentang dad aku. Jangan! Seperti dada aku nak pecah bila memikirkan tentang dia. Hidup mati aku memang untuk dad. Apa guna kita mempunyai banyak harta didunia melimpah luah tetapi kita sendiri tidak bahagia tanpa ibubapa kita sendiri.

Kenapa aku lebih kepada dad? Sebab dari aku kecik aku dijaga oleh dad. Ibubapa aku berpisah. Tetapi aku bersyukur mereka sayang aku sangat2! Mummy aku pon dah meninggal dunia pada usia yang muda, 13 tahun yang dulu. Sebab itu aku hanya ada dad, dan dad hanya ada aku.

Setelah dad dah tiada, aku mengambil keputusan untuk sambung degree di Sabah. Kenapa? Sebab bagi aku, itulah cara untuk aku lupa dari kesakitan bila mengenangkan satu- satunya manusia yang aku sayang didunia ini dah tiada. Dad pernah cakap, sejauh mana kita lari sejauh itu kita perlu ingat yang mana kita membawa hati didalam diri kita sendiri. Kita tidak dapat lari. Terima dan redha.

Negeri baru, tempat baru, orang baru. Siapa kenal aku? Tiada.

Aku mula mencari kawan baru, pelajari bangsa mereka, loghat mereka, keindahan negeri mereka. Yes selamat datang Kota Kinabalu! 

Menerima perkara yang baru bukan mudah, pada asalnya ada juga aku terfikir untuk pindah balik Kuala Lumpur tetapi tidak menjadi. Semakin hari aku mulai rasa seronok hidup disini. Tambahan pula course yang aku ambil adalah tourism. Setiap assignment kami keluar membuat research diluar kampus. Dari situ aku mula berkongsi hidup melalui facebook, instagram  dengan mengambil gambar. Itu sahaja cara aku meluahkan perasaan selain menulis poem dan cerpen.

Dua tahun setengah di Sabah, banyak aku pelajari. Jujur aku cakap, aku bukan macam student lain. Aku lebih senang berahsia perihal peribadi hidup aku. Hampir kesemua mereka tidak tahu family background aku. Aku suka! Buat apa hendak mencanang2 bukan?
Hanya seorang yang tahu. Itupun entah mengapa aku boleh cerita, mungkin dia rapat dan aku selesa dengan dia. Terima kasih.

Aku pulang ke Kuala Lumpur, terus aku ziarah pusara arwah dad. Tidak dijaga. Alangkah aku sedih dan menyesal kerana telah meninggalkan dad sebegitu. Aku nekad untuk menjaga dan sentiasa ziarah pusara dad.

Aku mengambil keputusan untuk menambah rumput di pusara dad supaya kelihatan tenang dan hijau.


Kenapa aku pilih rumput? Itu adalah salah satu sebab aku akan kerap datang menjenguk dad disana. Ini kerana rumput wajib disiram sekurang-kurangnya sekali 2hari. Jarak rumah aku dan kubur dad tidak jauh sangat. Jadi aku pasti datang untuk jumpa dad dan memastikan rumput tidak mati.

Dad,
Selagi Lily masih hidup Lily akan sentiasa jaga dad disana. Bukan hanya menyiram pusara bahkan sedekahkan dad dengan ayat2 suci al-quran dan doa dari anak mu ini.

Siapa tahu, sehingga kini mata dan hati aku tetap akan menitiskan air mata untuk mu dad.
Siapa tahu, setiap kali kaki ini melangkah ke pusara mu, setiap kali itu hati aku berdebar dan sayu.
Siapa tahu, mata ini sehingga kini tidak mampu melihat  nama mu yang terukirdi batu nisan itu.
Siapa tahu, sehingga kini dan selamanya aku sangat merinduimu.

Ya Allah, kau kuatkan lah hati ku ini, kau tabahkanlah diri ku ini. Kau kuatkan lah semangat aku untuk terus hidup dibumi mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, kau tempat kan kedua ibubapa ku di kalangan orang-orang yang beriman dan senantiasala rahmati dan menjaga mereka sepertimana mereka telah menjaga aku sejak ku kecil.







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Notes

You're in it for the right reasons

Use the experience as a source of strength