KEHILANGAN ITU PASTI

Saya percaya dalam dunia semua orang pernah rasa kehilangan. Mungkin hilang barang-barang yang sangat disayangi, hilang pangkat yang selama ini di kejar-kejar, hilang darjat yang di bangga-banggakan, hilang status yang di pegang, hilang harta benda yg di kumpul bermati-matian dan hilang seseorang dalam hidup.

Saya tidak tahu orang lain, tp saya sendiri dlm byk2 kehilangan yang saya tulis di atas bagi saya hilang seseorang dalam hidup merupakan kesakitan yg paling hebat. Kalau jiwa  tak kuat dan pegangan kita rapuh, kita mugkin akan tersasar daripada landasan yg selama ini jd tmpt kita berpijak.

Seseorang yg saya maksud kan bukan semata2 kekasih. Tp bolehh jadi ibubapa, atuk nenek, adik beradik, anak2 saudara, saudara mara, kawan2, juga sesiapa aje yg penah dekat atau pernah berlegar2 di sekitar kita.

Kenapa saya berani katakan yg hilang sesorang lebih sakit daripada hilang lain-lain? Sebab saya, manusia yg belajar daripada pengalaman. Hilang barang2, hilangg status dan harta benda itu adalah hilang yg bg saya tak ada apa2nya. Mgkin utk masa beberapa detik rs sakit hati itu muncul. Normal lah kerana sy juga manusia biasa, kalau langsung tak rasa apa2 itu namanya sy pelik. Kehilangan pangkat dan darjat, saya masih tak rasa lagi. Darjat,mungkin sampai bila2 pon tak kan hilang kerana pada asal nya saya bukan golongan raja2, datuk datin atau anak datuk datin, syed syarifah. Maka tak perlu risau kalau2 darjat yg di julang itu pergi begitu sahaja.

Saya masih ada adik beradik dan saya masih ada anak2 buah. Mereka dunia saya dan mereka kelemahan saya. Saya tak mahu di tinggalkan mereka dan saya mengharapkan mereka akan di berikan umur yg panjang. Byk yg saya nak buat utk mereka dan smpi ke hari ini saya tak punya banyak ruang dan peluang.

Tp tu bukan bermakna saya tak penah kehilangan. Saya penah hilang nenek yg sangat saya sayang. Satu-satu nya nenek yg sempat saya kenal dgn mendalam. Yang melihat saya membesar sehingga umur saya mencecah 21 tahun.

Dgn dia sy kenal bgaimana ertinya jd seorang cucu. Dgn dia saya belaja rasa cucu itu di sayangi lbh, cucu ini d sayangi kurang. Tp sbenarnya rasa2 itu dtg ketika rajuk dtg. Padahal mugkin nenek saya tak berniat. Dgn dia juga saya bagaimana di bebel dan harus menadah telinga mendengar kemarahan dia. Malah dgn dia jga saya rasa hidup saya lengkap. Pendek kata kami memang sangat2 rapat. Bila dia pergi, saya rasa macam ada ruang kosong dalam hati saya.,

Awalnya rasa susah nak terima sebab dia kesayangan semua org, anak2, cucu2 dia yang sangat ramai. Sy penah tanya pada dad sy.”dad sedihh mak dad dah xde?” sy nampk beratnya helaan nafas dad saya dan saya akur, syg dia pada mak dia tetap jg tak penah kurang.

Tapi selang setahun selepas nenek saya pergi, saya penah rasa 1 lagi kehilangan. Kehilangan yg buat saya rasa betapa saya sendiri kerana ketika saya terima berita kehilangan dia, saya ada di sni.di satu tempt dimana saya hanya sendiri, masa tu saya rasa dunia sy berhenti bputar, kekal static di atas paksi yg sma. Yg ada Cuma sunyi dan sepi. Kosong kosong dan kosong, ada di mana2. Malu nk mgaku tp sy terpaksa akui yg separuh drpd hati sy ikut hilang. Saya sangka dah jd org tak penting sbb tu dia tiba2 hilang mcm tu aje. Rupa-rupanya hilangnya dia hilang yg kekal.

Kemudian hari demi hari, membina kekuatan. Sesekali terkenang nanar jg rasa nya. Terbit juga air mata tanpa pgetahuan sesiapa kerana saya selalu aje ceria. Hanya seiring dgn putaran masa, segala-galanya seakan-akan kembali pulih. Bukan mahu melupakan, tapi saya harus melakukannya demi perjalanan hidup yang masih jauh.

Tahun ini genap 3tahun dia pergi. Peritnya kehilangan, mungkin tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Orang lain pun saya yakin akan rasakan perasaan yang sama. Cumanya tergantung pada diri kita mahu kekal di dalam “ruang” itu atau kita mahu keluar dari “ruang” yang memenjarakan diri kita sehingga kita menutup ruang dan peluang yang masih tertinggal untuk kita. Tapi yang sangat pasti, semalam hanya kenangan sedangkan hari depan itula penentu hidup kita.

Tanya hati, “ apa sebenarnya yang kita mahu?” mungkin disana.. jawapannya ada!

Comments

Popular posts from this blog

Notes

You're in it for the right reasons

Use the experience as a source of strength